6 Oktober 2013

Nadal – Djokovic Berentap Pada Final Terbuka China

Posted by Unknown On Ahad, Oktober 06, 2013 | No comments
BEIJING – Rafael Nadal kembali berpeluang merampas kedudukan nombor satu dunia selepas Tomas Berdych menarik diri akibat kecederaan belakang pada perlawanan separuh akhir Terbuka China, semalam. Pemain Serbia, Novak Djokovic yang kehilangan takhta berkenaan apabila senarai kedudukan baru diumumkan Isnin lalu, menundukkan pemain Perancis, Richard Gasquet dengan 6-4 6-2 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir untuk bertembung dengan musuh tradisi, Nadal pada pusingan akhir. Berdych, yang ketinggalan 2-4 dalam set pembukaan, cedera pada bahagian belakang selepas membuat pukulan kilas dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika. Dia kembali ke gelanggang namun selepas beberapa minit beraksi, Berdych membuat keputusan untuk tidak meneruskan perlawanan, sekali gus memudahkan perjalanan Nadal untuk mara ke final, hari ini. – AFP

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut