Pelakon Aeril Zafril dan Wawa Zainal dipercayai telah bernikah pada bulan Februari lalu dan dikatakan pasangan itu sudah dikurniakan cahaya mata sulung pada 24 Ogos lalu.
Sebelum ini memang terdengar khabar angin mengatakan kedua-dua pelakon di bawah pengurusan MIG Sdn Bhd itu sudah berkahwin namun Aeril menerusi kenyataan kepada pihak media telah menafikan perkara tersebut.
Nampaknya jika benar mereka sudah selamat bernikah, kenapa mesti nak disorokkan daripada pengetahuan peminat dan para media kan?
Mungkin Aeril dan Wawa mempunyai penjelasannya yang tersendiri berhubung perkara ini.
Kita tunggu dan lihat sahaja nanti kenyataan balas daripada pelakon berdua ini ya!
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.