Ketibaan Harper pada kira-kira 9.30 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum lagu kebangsaan Malaysia dan Kanada dimainkan. Harper kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri 106 pegawai dan anggota
Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Turut hadir untuk menyambut Harper ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan beberapa menteri kabinet.
Kedua-dua pemimpin kemudiannya diiringi ke Paras Lima bangunan Perdana Putra di sini untuk memulakan mesyuarat dua hala, dengan beberapa memorandum persefahaman dijangka ditandatangani dan disusuli sidang akhbar bersama. – BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.