Nampaknya sikap romantik dan penyayang
pelawak popular Johan Raja Lawak terhadap isterinya, Ozlynwati atau
Ozlyn memang sedia terserlah.
Sebelum ini Mynewshub pernah menyiarkan
kisah Johan yang sanggup membeli beg berjenama Birkin yang berharga
lebih RM200,000 khas untuk isterinya yang tercinta.
Rupanya ada lagi kisah menarik pasangan suami isteri ini yang boleh dikongsikan bersama dengan peminat mereka berdua.
Menerusi Metro Ahad, Johan
dikatakan sanggup membantu isterinya mengunyah sate sebelum memberinya
makan kerana Ozlyn tidak boleh mengunyah kerana menjalani rawatan gigi.
Mungkin ada yang jijik dengan perlakuan sebegitu, namun mungkin itu caranya Johan menunjukkan sikap prihatin terhadap isterinya.
Memang Johan mempunyai ciri-ciri suami yang mithali dan penyayang di sebalik sikap pak lawaknya itu.
Beruntung Ozlyn kan.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.