12 Oktober 2013

Tidak Sedar Bapa Meninggal Dalam Kereta

Posted by Unknown On Sabtu, Oktober 12, 2013 | No comments
PETALING JAYA – Penyanyi Anis Aneesa tidak dapat melupakan detik-detik terakhir apabila bapanya, Mushidi Desa, 52, meninggal dunia di dalam kereta tanpa disedari ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital Selayang pada 1 September lalu.
Anis atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 27, berkata, sebelum kematian, Allahyarham meminta Anis membawanya ke hospital untuk menambah darah dalam badan kerana masalah penyakit gout yang dihidapi.
“Ayah saya memang sudah lima tahun menghidapi penyakit gout tetapi tidaklah begitu serius. Permintaannya untuk ke hospital bagi menambah darah juga adalah perkara normal yang sering dibuat.
arwah
“Ketika dalam perjalanan saya duduk di hadapan dan ibu yang memandu, dan ketika itu tidak terdetik pun nak menjenguk ke belakang sepanjang perjalanan kami sehingga kami tidak sedar ayah sudah tiada.
“Ketika sampai di hospital, badan ayah dah ‘kejung’ dan jururawat mengesahkan ayah dah meninggal dunia,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Tambah Anis, kematian itu membuatkan dia dan ibunya, Sharifah Yunus, 49, benar-benar terkejut malah ibunya juga masih sukar menerima kenyataan kehilangan itu.
Bagaimanapun selepas beberapa minggu, kata Anis, dia dan ibunya kembali tenang dan reda atas dugaan yang berlaku.
“Memang pada mulanya ibu susah nak terima kenyataan. Iya lah, siapa sangka ayah pergi begitu cepat. Tambah pula kami sebuah keluarga yang sangat rapat dan jaga antara satu sama lain.
“Pemergian ayah juga membuatkan saya terpaku, entah susah mahu menggambarkan perasaan itu,” ujarnya.
Dalam pada itu Anis turut menceritakan detik manis bersama bapanya apabila arwah sentiasa bersama-sama dia setiap kali melakukan aktiviti nyanyian termasuklah sanggup melaburkan sejumlah wang dalam penerbitan lagu serta menganjurkan majlis pelancaran album.
“Ayah memang dari dulu minat dunia seni dan kerana itu dia sentiasa memberi sokongan penuh setiap kerja seni saya dan sanggup menemani ke mana sahaja saya pergi.
“Malah ayah juga yang mengeluarkan sejumlah wang bagi melancarkan urusan kerja muzik saya. Nampaknya sekarang ini saya perlu terima hakikat yang ayah tidak akan menemani saya lagi,” tuturnya. - mStar Online

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut