22 Oktober 2013


Unit Perang Gerak Saraf PAS (PGS) yang diketuai oleh Dr. Abdul Isa Ismail, bekas Speaker DUN Kedah era pentadbiran PAS, dikatakan sedang merancang untuk menaikkan banner 'DATO SUHAIMI ABDULLAH PILIHAN RAKYAT' di beberapa lokasi yang terletak dalam kawasan yang dikenali sebagai kubu kuat UMNO.Tujuannya adalah untuk menaikkan sentimen kebencian sekaligus akan menyebabkan para penyokong Suhaimi Abdullah, bekas Ketua Bahagian Jerai yang kalah dalam pertandingan Naib Ketua Bahagian baru-baru ini, dan tidak terpilih pula sebagai calon untuk DUN Sungai Limau, melakukan sabotaj terhadap calon UMNO-BN, Dr. Ahmad Sohaimi Mohd Lazim.

PAS tidak dapat mengesan sebarang kelemahan di kalangan UMNO melainkan pertembungan ketika masing-masing merebut jawatan dalam pemilihan yang dilangsungkan baru-baru ini. PAS berharap, dengan melaga-lagakan para pemimpin UMNO setempat dan penyokong-penyokong mereka, PAS akan dapat mengaut kelebihan, sama ada melalui undi pihak lawan atau penyokong-penyokong tidak keluar mengundi, sekaligus mengecilkan margin pemerolehan undi calon UMNO-BN.

Beberapa isu yang membabitkan kelemahan PAS di Sungai Limau terutama sekali yang melibatkan KALIMAH ALLAH selain pertembungan kuasa antara tiga fraksi berbeza pendapat dalam PAS yang sedang bercokah antara satu sama lain sekarang, sedang melemahkan PAS.

Tiga kumpulan berbeza itu ialah, kumpulan yang mahukan salah seorang anak Allahyarham Tan Sri Azizan menjadi calon, manakala kumpulan kedua pula adalah kumpulan yang akur dengan sebarang keputusan pimpinan pusat. Kumpulan ketiga pula adalah kumpulan yang kecewa dengan PAS.

PAS sendiri pun beranggapan peluang mereka hanya 50-50 berdasarkan rekod khidmat di Sungai Limau.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut