22 Oktober 2013

Ust Azam Samad, Calon PAS PRK Sungai Limau

Posted by Unknown On Selasa, Oktober 22, 2013 | No comments


Jerai: Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Azam Samad diumumkan sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Pengumuman dibuat Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kira-kira jam 10 malam ini di majlis pengumuman calon di sini.

Ustaz Azam yang juga bekas guru bakal berdepan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim.

Ustaz Azam ketika memberikan ucapan sulung malam ini berkata, beliau akan memikul amanah yang diberikan ini sebaik mungkin.


Beliau menegaskan, azamnya untuk meneruskan agenda bekas Menteri Besar Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak sebelum ini.

Beliau juga berharap seluruh jentera Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk bekerja keras mengekalkan kemenangan di kerusi tersebut.

Ustaz Azam turut menyeru agar semua pihak menghadapi pilihan raya kecil kali ini dengan penuh harmoni.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober ini sebagai hari penamaan calon, manakala 4 November depan sebagai hari mengundi.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian bekas menteri besar Kedah Tan Sri Ustaz Azizan Razak kerana komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 September lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi. -HD


Siapa Azam Samad?




Azam Samad, 37, adalah Ketua Pemuda PAS Jerai dan merupakan seorang pendidik berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau adalah anak didik politik Tan Sri Azizan Abdul Razak. Sekalipun tidak pernah bertanding (dalam pilihan raya), beliau mempunyai rekod baik dalam parti. Tidak ada musuh dalaman dan boleh memerangkap agenda BN.

Beliau mampu mematikan hujah mereka kerana mempunyai kelayakan akademik, latar belakang agama dan berperibadi mesra pengundi.

Azam yang baru dilantik memegang jawatan ketua Pemuda kawasan itu baru-baru ini, menjadi sebutan akar umbi dan penduduk, antaranya di Bukit Besar, Kampung Bukit Curaih, Kampung Tualang, Sungai Dedap, Permatang Buluh, dan Kampung Selengkoh.

Azam kini memegang jawatan exco Pemuda PAS Kedah, pengarah Jabatan PASTI Kedah dan merupakan guru penolong kanan hal ehwal murid sebuah sekolah agama bantuan kerajaan negeri di Bukit Besar, dalam parllimen itu.

Datuknya (Hamid Ibrahim) adalah antara pengasas PAS Kedah dan Ustaz Azam dibesarkan di pondok al-Nahdhoh.

Azam mampu memimpin bacaan tahlil dan berkhutbah seperti yang dikehendaki oleh penduduk setempat.

Datuk kepada Azam, juga pernah menjadi calon PAS di DUN Sala - kini Sungai Limau - dan bekas ketua Pemuda PAS sewaktu PAS ditubuhkan di negeri itu.

Sementara bapa Azam juga, aktif dalam PAS cawangan Bukit Besar sehingga meninggal dunia pada 2003.



0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut