11 Oktober 2013

Wanita Dikunci Dengan Mangga, Elak Berlaku Curang

Posted by Loveclip Fishing On Jumaat, Oktober 11, 2013 | No comments
Mexico – Seorang lelaki di Mexico telah ditahan selepas memaksa teman wanitanya memakai mangga yang diikat pada seluar jeans wanita terbabit, bagi memastikan dia tidak curang.
Wanita itu yang berusia 25 tahun, dan tidak didedahkan identitinya, telah membuat laporan polis selepas mengalami kesakitan kerana tidak dapat ke tandas selama beberapa jam.
Menurut wanita itu, teman lelakinya yang berusia 40 tahun itu, telah melakukan perbuatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu,.
Dia bagaimanapun tidak berani menanggalkan mangga berkenaan, kerana takutkan lelaki tersebut.
mangga
Susulan laporan itu, polis telah menahan lelaki terbabit.
Namun mereka terkejut kerana wanita itu tidak mahu teman lelakinya didakwa.
Lelaki itu hanya ditahan selama sehari dan dia telah dibebaskan selepas menandatangani dokumen untuk tidak mengenakan mangga itu lagi terhadap wanita tersebut.
Dalam pada itu, aktivis wanita, Araceli Gonzalez, telah mengecam polis kerana gagal melindungi golongan wanita.
“Dia menjadi mangsa selama 12 tahun, namun polis dan masyarakat tidak berbuat apa-apa.
“Kes ini dikendalikan tanpa mematuhi peraturan dan tiada siapa pun yang bertindak terhadap keganasan ini,’’ katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Google+ Followers

Pengikut