Nampaknya baik Aeril Zafrel mahupun Wawa
Zainal, mereka lebih gemar untuk memberikan jawapan balas menerusi
laman Twitter masing-masing daripada tampil kepada pihak media untuk
menjelaskan kemelut ‘perkahwinan’ mereka yang kini sedang hangat
diperkatakan ramai.
Wawa menulis di laman Twitternya
mengharapkan Aeril terus tabah kerana sememangnya dari dulu lagi ada
pihak yang cuba menjatuhkan aktor tersebut.
“Saya kenal Aeril Zafrel dan
orang-orang yang memang dari dulu mahu saya membenci pada dia dan memang
ada niat menjatuhkannya. Semoga dia terus tabah sampai masanya”.
Malah Wawa juga memberikan gambaran bahawa segala persoalan berhubung isu ini akan terjawab dalam masa terdekat.
“Terima kasih kepada semua yang
mendoakan kebahagiaan saya dan dia. Semua persoalan kalian akan terjawab
dalam masa terdekat,” katanya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.