Sebut sahaja nama Profesor Datuk Dr. Sidek Baba tentu ramai yang
mengenalinya sebagai salah seorang sahabat yang mempunyai hubungan akrab
dan cukup rapat dengan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim.Sebagai bekas Naib
Presiden ABIM dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM),Dr Sidek juga dikenali umum kerana peranannya dalam
mengembangkan pengaruh Anwar di kalangan pelajar UIAM ketika zaman
kegemilangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.Dr Sidek yang kini
adalah pensyarah Kanan di UIAM juga pernah di tahan di bawah ISA ketika
kemuncak isu liwat melibatkan Anwar pada 1998,justeru itu ramai yang
percaya hubungan mereka berdua akan berkekalan dan mustahil akan
terungkai sama sekali.Namun persahabatan kedua-duanya tidak berkekalan
apabila semenjak tiga tahun lalu Dr. Sidek telah bertindak meninggalkan
Anwar selepas lebih 30 tahun mereka bersahabat.Ramai yang sukar
mempercayainya malah tidak mengetahui kenapa dan mengapa Dr Sidek
mengambil tindakan demikian.Bagaimana pun ketika menyertai program
Wacana Cuit : Dilema Melayu Moden di Menara MARA pada 26 Mac 2013,Dr
Sidek telah mengambil peluang tersebut menjelaskan tiga sebab kenapa
beliau meninggalkan Anwar sekaligus keluar dari landasan perjuangan
bekas sahabat baiknya itu.
3 sebab yang dimaksudkannya itu ialah mengenai persoalan moral,sokongan
kepada agenda pluralisme agama dan masalah kredibiliti,yang mana
ketiga-tiganya cukup rapat dengan Anwar yang akhirnya mendorong Dr Sidek
untuk mengambil keputusan muktamad menjauhkan diri.Menurut Dr
Sidek,terlalu banyak persoalan moral yang melingkari hidup Anwar dan
agak sukar untuk diterimanya,Apatah lagi bila diimbas semula pesanan
Anwar ketika bersama ABIM dulu yang sering menegaskan seseorang pemimpin
bukan sahaja mesti bersih tetapi juga kelihatan bersih.
Dalam majlis yang dihadiri sekitar 1,000 orang kakitangan MARA itu
juga,Dr Sidek meluahkan kekecewaannya terhadap Anwar kerana perubahan
drastik bekas mentornya itu yang kini menjadi pendukung pemikiran
liberal serta cukup dekat dengan golongan pluralisme agama.Ucapan Anwar
di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menurut Dr Sidek
adalah bukti nyata yang tidak dapat disangkal lagi mengenai penglibatan
Anwar dengan pendukung liberal dan pluralisme agama.
Selain itu,Dr Sidek juga menjelaskan keraguannya terhadap hubungan rapat
Anwar dengan para pelobi berbangsa Yahudi yang dianggap sangat
berbahaya kepada keselamatan negara selain menjejaskan kredibiliti Anwar
yang sebelum ini dilihat sebagai Islamik.Kesemua sebab yang diutarakan
oleh Dr Sidek di atas adalah asas penting yang mendorongnya meninggalkan
Anwar meskipun lebih 30 tahun lalu mereka berdua akrab bersahabat.Dr
Sidek bukanlah satu-satunya sahabat seperjuangan Anwar dari ABIM yang
telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum PKR itu, ramai lagi yang
lain antaranya bekas Presiden ABIM,Dr Yusri Muhammad serta bekas
pengasas NGO itu,Tuan Haji Ustaz Ismail Mina.Sebelum mengambil tindakan
yang tentunya sukar itu, Dr Sidek terlebih dahulu melakukan siasatan
sendiri dengan menemu bual seramai 28 orang individu yang diketahui
mempunyai hubungan rapat dengan Anwar diikuti dengan solat istikharah
bagi memohon petunjuk Allah S.W.T.
Selepas itu barulah beliau membuat keputusan muktamad menjarakkan diri
dari Anwar dan parti-parti pembangkang
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.