30 Mac 2013


Yang pastinya Pilihanraya Umum Ke 13 [PRU 13] akan muncul tak lama lagi….

Bahang PRU 13 sudah boleh dirasai. Saban hari kita dapat lihat samada pihak kerajaan Barisan Nasional [BN] dibawah pimpinan YAB Datuk Sri Najib mahupun pihak lawan yang diketuai oleh Peliwat Nombor Satu Negara semakin rancak bekerja keras mahu mendapatkan sokongan rakyat.

Kuasa Rakyat sudah terbukti pada PRU tahun 2008. BN tumbang hilang kuasa di 4 negeri, gagal memenangi Kelantan dan hilang majoriti 2/3 apabila Pakatan Pembangkang melangkah masuk Dewan Rakyat dengan bilangan 83 Ahli Parlimen….

Paling ketara semenjak keputusan PRU 2008 sehinggalah ke hari ini ialah sokongan kaum cina dilihat terlalu cenderung dan sangat memihak kepada Pakatan Pembangkang. Apatah lagi dengan penguasaan kaum cina memerintah Pulau Pinang, di Selangor pula walaupun Menteri Besarnya orang melayu PKR tetapi “kuasa sebenar” milik Ronnie Liu, Teresa Kok, Teng Chang Kim, Elizabeth Wong, Teo Nie Ching dan sekutunya yang bukan melayu. 

Jangan lupa…, sewaktu Perak diperintah oleh Pakatan selama 5 bulan, kuasa kerajaan negeri terletak ditangan Ngeh Hoo Kam dan Nga Kor Ming wakil DAP..!

Apabila kita cuba membuat kira-kira dan mencongak apakah ada peluang untuk BN terus menguasai kerajaan pada PRU 13 ini, ditambah dengan soalan Cepumas, ‘apakah ada peluang BN mendapat semula 2/3 majoriti dan merampas kembali Selangor, dan Pulau Pinang..?’. Maka jawapannya sudah pasti ‘bergantunglah kepada sokongan kaum cina…’
Seraya itu, tiap kali bersembang politik dengan rakan kenalan kaum cina, soalan yang sama akan saya ajukan kepada mereka untuk memberikan tindakbalas.

Nampaknya sudah ada sedikit perubahan sikap dari kebanyakkan kaum cina semenjak mutakhir ini. Sangat berbeza dengan beberapa bulan yang lalu, apabila diajukan soalan ini mereka tetap menyatakan ‘its time to Change’.

Tetapi setelah melihat tidak ada persafahaman yang jitu dikalangan pimpinan Pakatan, pelbagai permasalahan semakin meruncing sesama mereka, kini respon sudah ada perubahan....

Ada dikalangan kaum cina semakin yakin dengan kesungguhan dan keikhlasan YAB Datuk Sri Najib berbanding dengan Anwar yang tidak habis habis dengan putar belit kenyataan berbeza setiap kali Ketua Umum PKR itu berdepan dengan audience yang tidak sama. Najib terbukti jauh lebih ikhlas berbanding Anwar..., sukar untuk membuktikan Najib berbohong, kata mereka.


Syukurlah apabila mereka sahabat sahabat berbangsa cina ini menyatakan, “Najib really work very very hard…, he is a dynamic leader”. Suatu pengiktirafan kepada YAB Perdana Menteri yang bertungkus lumus mahu menyatukan rakyat 1Malaysia.

Mendengar respon ini, Blogger MIK terus menyeru kepada mereka,  “if that was your view then please give me your assurance that you will support BN for this election bro..”

Jawap salah seorang dari mereka, “Depends on who will Najib named his candidates. If it still the old ones, corrupted ones, same old blady faces, then BN will not get the support…”

“Najib must be very sincere to offer his potential leaders, fresh candidates with good background, prominent and of course without any baggage… ”
Kesimpulannya, kaum cina juga sudah sedar dan buka mata melihat kerja kuat seorang Perdana Menteri yang tekun melansanakan tanggungjawab beliau untuk membantu rakyat… Mereka pun sebenarnya simpati dan kesian melihatkan penat lelah Najib bekerja..!

Lihatlah sendiri segala bentuk bantuan yang telah dilancarkan oleh Najib.

Oleh itu, kepada mana mana individu samada daripada UMNO, MCA, MIC dan pemimpin komponen BN, tolonglah ketepikan nafsu peribadi untuk bertanding pada PRU 13 ini. Biarlah Najib yang membuat keputusan demi kemenangan BN untuk kali ini, ianya sangat penting...

Isyarat daripada kuasa pengundi sudah jelas bahawa mereka mahukan Winnable Candidate dan bukannya Wanna Be Candidate. Khususnya kepada mana mana suratkhabar lama yang sepatutnya sedar diri semoga akan berlapang dada memberikan laluan kepada muka muka baru yang lebih layak…

Demikianlah kisahnya yang mahu Blogger MIK berkongsi cerita setelah sembang sembang politik dengan beberapa sahabat berbangsa cina petang semalam di Old Town White Coffee Subang.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut

Friends