Dalam isu terbaru Deepak
Jaikishan berkenaan dengan pendedahan beliau terhadap apa yang gagal
dilakukan oleh SUARAM, kisah berkenaan 'kaitan Perdana Menteri dan
isteri terhadap pembunuhan seorang model dari Mongolia.....
Altantuya Sharibuu yang dikatakan sebagai penterjemah bagi 'skandal 'transaksi pembelian kapal selam Scorpene.
Deepak telah membuat
pendedahan tergempar terhadap bekas penganalisa politik yang yang
digugurkan dari menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut,
Razak Baginda, atas alasan beliau mandul.
Razak Baginda didakwa
mempunyai hubungan sulit bersama Altantuya. Namun, tiada bukti yang
dapat ditunjukkan bagi mengesahkan perkara tersebut.
Mungkin pada Deepak,
mendedahkan nama Razak baginda dan memalukan beliau adalah sesuatu yang
perlu dilakukan kerana hanya perkara tersebut yang boleh mengaitkan
pembunuhan Altantuya, dengan Perdana Menteri.
Mungkin Deepak lupa bahawa Razak Baginda telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.
Deepak mungkin boleh
berkata bahawa Razak Baginda baru sahaja mengalami masalah tersebut
kerana anak beliau dilahirkan pada tahun 1987.
Namun, ini masih tidak memberi sebarang jawapan terhadap dakwaan Deepak.
Mengapa Deepak masih lagi
mahu membuat pendedahan-pendedahan ini walaupun segala masalah beliau
di mahkamah tentang masalah perniagaan beliau sudah selesai...? Mungkin
Deepak masih mahukan sesuatu, jika tidak, mengapa Deepak menyambung
kerja-kerja yang gagal dilakukan oleh SUARAM?
Bagaimanapun, terdapat
beberapa komen daripada pemerhati-pemerhati kes Deepak di mahkamah yang
mungkin dapat memberikan kita jawapan jelas. Ramai yang mendakwa bahawa
tauke permaidani ini kelihatan tertekan, hilang arah dan tidak selesa.
Ada juga yang mengatakan bahawa beliau mungkin mengalami masalah tekanan
kerana kehilangan jumlah wang yang banyak.
Namun, jika kita lihat
kembali kepada Deepak, mungkin kita dapat tahu mengapa beliau membuat
dakwaan mandul terhadap Razak Baginda.
Deepak Jaikishan a/l
Jaikishan Rewachand kini berumur 40 tahun. Sebelum perniagaan beliau
mengalami masalah besar, beliau dikatakan sebagai seorang yang berjaya,
datang dari keluarga yang berpengaruh dalam pembangunan dan pelaburan
hartanah.
Telah dilaporkan bahawa
dibawah pimpinan Deepak, kedua-dua syarikat beliau, Carpet Raya Sdn Bhd
dan Tek Holding Sdn Bhd (syarikat pembangunan dan pelaburan hartanah),
berjaya menjana wang hingga berbilion-bilion. Bursa Malaysia meyatakan,
dari tahun 2000 hingga 2009, beliau berjaya menyiapkan projek-projek
pelaburan hartanah yang berjumlah kira-kira RM3 billion.
Bagi industri permaidani
pula, Deepak telah berjaya membuka dan mengambil alih kilang pembuatan
terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai Mulia Carpet Sdn Bhd.
Pada tahun 2000, unit
pembuatan ini dikatakan sebagai satu-satunya kilang pembuatan yang
menghasilkan benang permaidani sendiri. Pada tahun 2003 pula, Deepak
telah membuka sebuah kilang pembuatan (Premier Weavers) yang mempunyai
teknologi menenun yang terkini di Malaysia. Beliau telah berkecimpung
dalam industri permaidani selama 15 tahun.
Dengan segala kejayaan
yang dikecapi, hanya satu perkara sahaja yang masih belum cukup untuk
saudagar karpet ini..., iaitu seorang wanita...! Deepak adalah seorang
usahawan berjaya yang masih bujang.
Jika kita lihat pada
logik, beliaulah yang sebenarnya mempunyai masalah 'dalaman', bukannya
Razak Baginda. Cubaan untuk menuduh Baginda mengatakan bahawa beliau
mandul kelihatan seperti Deepak hanya menipu diri sendiri....
Jika perkara ini benar,
ini bukanlah pertama kali pihak Pembangkang mengupah orang yang
mempunyai masalah mental untuk mambantu mereka menipu rakyat.
Raja Petra Kamaruddin,
individu yang dipercayai telah menulis skrip terhadap kes pembunuhan
ini, juga dikatakan mempunyai masalah mental ketika beliau muda.
Bagaimanapun, Petra telah membuat U-turn terhadap perkara yang sedang
diceritakan oleh Deepak.
Terdapat juga kemungkinan
mengapa seorang ahli perniagaan yang berjaya ini masih lagi bujang,
mungkin Deepak tidak mempunyai sebarang minat terhadap wanita, mungkin
Deepak adalah seorang homoseksual.
Mungkin ini juga kebetulan, Pembangkang juga sering mengupah golongan gay untuk melakukan kerja-kerja mereka.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.