Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat sudah pun mencabar Presiden PKR, Dr Wan Azizah untuk memberikan penjelasan....
Iya, dalam isu seekor
Senator bebas dari Autsralia Nick Xenophon yang cuba diseludup masuk
oleh Anwar untuk membuat haru biru dan kacau bilau dalam negara ini.
Berikut adalah Kenyatan Media dari Ketua Wanita Barisan Nasional
Wanita Barisan Nasional pada hari ini menuntut penjelasan dari Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah sama ada benar Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang bertanggungjawab menjemput Xenophon datang ke Malaysia untuk meyakinkan Majlis Syura PAS bahawasanya beliau lebih layak dan bersih dari Datuk Seri Hadi Awang, Presiden PAS, untuk menjadi Perdana Menteri seandainya Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan datang.
Kehadiran Xenophon juga dilihat membawa agenda dan unsur negatif kepada negara yang mana boleh menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat Malaysia yang selama ini hidup di bawah naungan kerajaan yang berdaulat dan berpelembagaan.
Wanita BN juga menyokong tindakan Jabatan Imigresen Malaysia yang tidak membenarkan kemasukan Nick Xenophon ke Malaysia baru-baru ini seperti yang dilaporkan oleh media massa serta menggesa tindakan tegas seperti ini diteruskan untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara tidak tergugat.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.