Wow! Ketua Pembangkang berani 'sound' pemimpin dan ahli Umno??
Sebenarnya, Anwar Ibrahim menggesa Umno dan media yang didukungi parti itu supaya beristighfar dan memohon keampunan ALLAH SWT susulan laporan media bahawa akan muncul video seks dan foto melibatkan Ketua Pembangkang itu sendiri dan anaknya, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden KEADILAN.
"Toksahlah.. saya nak nasihat Umno, ni waktu Maghrib, pi lah amik wuduk dan tau apa itu fitnah.
"Malu
kita pada masyarakat bukan Islam kalau masyarakat Islam dan media yang
mendukung Umno ini kerjanya itu sahaja," katanya pada sidang media
selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di Petaling Jaya hari ini.
Pagi
tadi, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan
pihaknya telah dipertontonkan video palsu seks beberapa hari lalu
dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen
Umno dan Barisan Nasional (BN).
Katanya,
video tersebut memaparkan watak yang menyerupai Anwar manakala gambar
statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen
Lembah Pantai.
"Video
ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman
babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran
pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks.
"...
Umno hari ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan
pemblog untuk mereka dan menyebarkan video palsu yang kononnya
memaparkan salah laku seks pemimpin KEADILAN," kata beliau.
Lebih
dua minggu lalu seorang blogger yang dikaitkan dengan Umno menyebarkan
siri gambar seakan-akan menunjukkan Anwar mengadakan hubungan intim
dengan seorang lelaki.
Ekoran tindakan itu, Anwar telah mengemukakan saman ke atas blogger Papa Gomo.
Ditanya
sama ada hanya dua pemimpin itu sahaja yang menjadi mangsa spekulasi
seks itu, Saifuddin berkata, Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid
Ibrahim antara sasaran selepas ini, yang akan menerima nasib yang sama.
"Mereka
kata video seks Khalid Ibrahim dalam pembikinan," ujarnya sambil
menyatakan imej video yang dirakamkan dalam video dan gambar itu tidak
jelas dan agak kabur.
Dalam
pada itu, Pakatan Rakyat hari ini sebulat suara menolak tawaran 10
minit kepada parti-parti politik untuk membentangkan manifesto pilihan
raya menerusi RTM.
Anwar
berkata, tawaran itu seolah memperolokkan sistem demokrasi dan
kebebasan media kerana ia bermakna seolah-olah memberikan 23 jam dan 50
minit kepada Umno/ Barisan Nasional (BN), manakala Pakatan Rakyat hanya
diberikan 10 minit.
"Itu belum tentu disiarkan sepenuhnya kerana ia dirakam awal dan pastinya akan disunting.
"Prinsip
yang dituntut ialah ruang yang adil dan media yang bebas. Kalau ada
semangat yang merujuk ke arah itu, pastinya Pakatan Rakyat akan berikan
pertimbangan," katanya.
Hadir
sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu;
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha
Publisiti DAP, Tony Pua.
Pada
22 Mac lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim
berkata, peluang itu diberikan kepada BN dan juga pihak pembangkang,
tetapi pembentangan itu akan dirakam terlebih dahulu selepas pembubaran
Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13.
"Semua
parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk
mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit dan kami beri peluang ini
sekaligus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang," katanya.
Anwar
berkata, dalam menghadapi pilihanraya dalam masa terdekat, Pakatan
Rakyat juga mengambil keputusan untuk bergerak pantas sebagai satu
pasukan untuk maju dalam kempen pilihan raya.
Katanya
lagi, beberapa program turut telah dirancang di beberapa negeri dengan
menampilkan pimpinan Pakatan Rakyat seiring untuk menangkis tohmahan dan
fitnah yang giat dilakukan oleh pihak Umno/BN.
Sehubungan
itu, katanya, Pakatan Rakyat akan menganjurkan Forum Lahad Datu oleh
bekas pimpinan tentera dan polis pada 31 Mac jam 8.00 malam di Shah
Alam.
Jelasnya lagi, beberapa program lain turut dirancang pada sebelah pagi untuk memeriahkan sebelum forum itu.
Pada sidang media turut dilancarkan video yang menerangkan polisi utama Pakatan Rakyat dan tujuh dasar manifesto yang boleh dicapai di www.pakatan-harapan-rakyat.com.
Pada sidang media turut dilancarkan video yang menerangkan polisi utama Pakatan Rakyat dan tujuh dasar manifesto yang boleh dicapai di www.pakatan-harapan-rakyat.com.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.