28 Mac 2013

PECAH BERITA! PAS Tidak Tolak Anwar Jadi PM!

Posted by Unknown On Khamis, Mac 28, 2013 | No comments

Memandangkan terlalu banyak ramalan dan spekulasi tentang siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri, seorang ahli parlimen PAS tampil mempertahankan kedudukan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tetap menjadi pilihan parti Islam itu.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam satu kenyataan sebentar tadi terus menyatakan sokongan PAS terhadap Anwar walaupun diketahui beberapa puak dalam parti itu enggan menerima keputusan sebulat suara yang sudah dimetrai Jun 2010 itu.

Menurut Khalid, beberapa pemimpin PAS yang menentang Anwar sebenarnya hanyalah pendapat peribadi masing-masing dan bukannya mewakili pendirian rasmi parti terbesar dalam Pakatan Rakyat itu.

Dengan keahlian mencecah 1.6 juta orang, PAS dianggap pemutus kata dalam Pakatan Rakyat tetapi DAP dianggap mempunyai dasar lebih kuat dari segi strategi dan perancangan menentang musuh politik, Barisan Nasional (BN).

Tambah Khalid, jika dua daripada tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan KEADILAN sudah menentapkan bahawa Anwar layak menjadi perdana menteri maka PAS tidak ada alasan untuk menolaknya.

Polemik siapa jadi perdana menteri timbul ekoran perwakilan PAS sendiri semasa muktamar parti itu di Kota Bharu tahun ini.

Mereka mahukan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri atas alasan parti mereka merupakan komponen terbesar dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun DAP tetap mahukan Anwar menjadi perdana menteri dan ini ditegaskan sekali lagi oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng pada bulan lalu.

Sumber dalaman memberitahu sebenarnya pertemuan tertutup sudah diadakan antara pemimpin PAS dan KEADILAN di mana PAS mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai calon perdana menteri bulan lepas.

Dalam pertemuan tersebut itu juga PAS tidak teragak-agak untuk keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya kepentingan Islam dan orang Melayu terus terancam.

Bagaimanapun KEADILAN memberi jaminan akan terus mengekalkan status quo umat Islam dan orang Melayu tanpa menggadaikan prinsip perjuangan menumbangkan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

KEADILAN juga akan memastikan hubungan baik antara DAP dan PAS tetap kukuh walaupun beberapa pemimpin PAS tidak senang dengan tekanan yang dilakukan beberapa pemimpin DAP hingga menyebabkan PAS terpaksa sedikit mengalah dalam konteks negara Islam.

Dengan pengumuman ini, spekulasi yang timbul mengatakan beberapa pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen Gua Musang, Razaleigh Hamzah supaya menjadi calon perdana menteri dianggap tidak benar.

Mereka terdiri daripada kem 'Kerajaan Perpaduang' yang telah hancur selepas bekas naib presiden PAS, Hasan Ali dipecat pada 8 Januari tahun lalu.

Mereka dikatakan memujuk Razaleigh supaya menjadi calon perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum.

Tetapi Razaleigh yang masih sayangkan Umno menolak permintaan tersebut sambil menambah PAS sepatutnya menyokong Anwar sebulat suara jika mahu Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya.

Khalid penuh yakin Anwar akan tetap dipilih sebagai perdana menteri apabila Pakatan Rakyat berkuasa di peringkat persekutuan selepas pilihanraya umum tidak lama lagi.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut

Friends