5 April 2013

2 Lagi Maut Akibat Selesema Burung Di China

Posted by bong dom On Jumaat, April 05, 2013 | No comments
SHANGHAI – Dua lagi maut akibat virus H7N9 di China sekali gus menjadikan jumlah meninggal dunia ketika ini kepada lima orang.
Virus ini tidak dapat dikesan pada mulanya tetapi sudah mula menjadi salah satu kebimbangan di negara itu selepas media melaporkan kematian akibat virus itu bermula Ahad lalu.
Menurut agensi berita tempatan, setakat ini, 14 kes dilaporkan dan semua kes berkenaan melibatkan pesakit yang berada di timur China.
“Setakat ini, kami tidak pasti bagaimana manusia boleh mendapat virus ini,” kata Ketua Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Joseph Bresee.
Tambahnya, virus ini tidak mudah merebak di antara manusia.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Google+ Followers

Pengikut