KUALA LUMPUR – Parti pembangkang cuba
memburuk-burukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dimata Pemangku Raja
Perak, Raja Dr. Nazrin Shah melalui satu memorandum mengenai Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang ditujukan kepada baginda.
Ia apabila Koordinator Jawatankuasa Isu
dan Strategi Badan Perhubungan PAS Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar
Al-Hiss dalam memorandum yang turut diedarkan kepada pihak media itu
seolah-olah cuba menghasut baginda kononnya PRU13 bakal dicemari oleh
pihak UMNO dan BN.
“Patik sekalian menjangkakan pilihan
raya kali ini bakal dicemari oleh pihak UMNO/BN yang terdesak untuk
mempertahankan kuasa dan survival politik demi kepentingan peribadi dan
periuk nasi mereka di samping tidak menolak kemungkinan situasi DUN
tergantung (hung assembly) dalam PRU13.
“Kebarangkalian berlaku apabila
keputusan pilihan raya yang tidak memihak kepada pihak kerajaan mahupun
pihak pembangkang untuk mendapat mandat membentuk sebuah kerajaan secara
mutlak. Seluruh rakyat Perak menolak sebarang taktik kotor dan jahat
sepanjang tempoh kempen sehinggalah kepada pembentukan kerajaan pasca
PRU13,” dakwanya.
Raja Ahmad dalam memorandum itu turut
mencadangkan supaya kerajaan Perak mengambil model kejayaan sistem
kerajaan sementara (caretaker government) di beberapa negara Komenwel
seperti di Australia dan Bangladesh untuk dilaksanakan dalam tempoh
PRU13,
Menurutnya, cadangan itu memandangkan
konsep kerajaan sementara tidak pernah dilaksanakan secara komprehensif
di Malaysia dan khususnya di Perak.
Dakwanya, amalan terbaik yang wajar
dicontohi untuk dijadikan kod etika sepanjang tempoh tersebut adalah
dengan penekanan terhadap tanggungjawab halangan (negative obligation)
sepanjang tempoh kempen pilihan raya.
Antaranya tiada penggubalan dasar dan
keputusan besar, tiada perlantikan jawatan utama, tiada kelulusan tender
dan kontrak besar.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.