5 April 2013

AirAsia Buka Syarikat Penerbangan Di India

Posted by Unknown On Jumaat, April 05, 2013 | No comments
KUALA LUMPUR – AirAsia semakin hampir dengan hasratnya untuk membentuk sebuah syarikat penerbangan baharu di India menerusi usahasama dengan syarikat dan individu dari negara tersebut.
Ia ekoran permohonan AirAsia menerusi cabang pelaburannya, AirAsia Investment Ltd. (AAIL) kepada Lembaga Promosi Pelaburan Asing India (PIFB) bagi mendapatkan kelulusan pelaburan sebanyak 49 peratus ke dalam syarikat usahasama itu telah mendapat kelulusan semalam.
Cadangan usahasama itu membabitkan Tata Sons Ltd. dan Arun Bhatia dari Telestra Tradeplace Pvt. Ltd. bagi membentuk AirAsia (India) Pvt Ltd.
“Kelulusan PIFB ini akan membolehkan AirAsia (India) Pvt Ltd membuat permohonan permit pengendalian udara kepada penguasa penerbangan India,” kata AirAsia melalui satu kenyataan media hari ini.
Media pada 20 Februari lalu melaporkan AirAsia merancang membentuk sebuah syarikat penerbangan baharu di India menerusi usahasama dengan syarikat dan individu dari negara tersebut.
Langkah itu dilakukan setelah kerajaan India membuat keputusan untuk membuka sektor penerbangannya kepada pelaburan langsung asing di kalangan pengendali luar India pada September tahun lalu.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut