Nampak
gaya pakatan haram mula menunjukkan belang keganasan mereka. Seorang
petugas Barisan Nasional (BN) cedera dirempuh kereta dinaiki sekumpulan
lelaki dipercayai penyokong pembangkang, ketika mangsa memasang sepanduk
di tepi Jalan Teratai dekat Johor Jaya di sini, malam kelmarin.
Ketika
kejadian jam 1 pagi itu, Ahmad Nazim Mohamed, 27, berkata dia bersama
seorang rakan sedang memasang sepanduk dan bendera parti sebelum
tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat hon sebuah kereta jenis Proton
Wira yang menuju ke arah mereka. “Sebaik mendengar bunyi hon, saya lihat
seorang lelaki sedang berlari di sisi kereta sambil memegang kayu
menuju ke arah kami.
Bimbang
kejadian tidak diingini, rakan saya Mohd Sukhri Soyod, 19, menghidupkan
motosikal sebelum saya memboncengnya. Rakan saya kemudian memecut
hingga tiba satu simpang dan cuba membuat pusingan U.
“Bagaimanapun,
ketika kami hendak membuat pusingan, secara tiba-tiba kereta terbabit
merempuh motosikal menyebabkan kami berdua terjatuh ke jalan.
“Dalam
keadaan kesakitan akibat terjatuh, kami bangun dan lari meninggalkan
motosikal di situ sebelum diselamatkan seorang rakan yang kebetulan
melalui kawasan itu,” katanya ditemui ketika diziarahi Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk dan Jawatankuasa UMNO
Bahagian Pasir Gudang, petang semalam.
Mengikut
Ahmad Nazim, kereta itu kemudian menghampiri motosikal yang tersadai di
jalan sebelum seorang penumpang turun dan merosakkan kenderaan itu
dengan kayu yang dibawa sambil menjerit kata-kata kesat.
Dia
kemudian dihantar rakannya ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk
rawatan, sebelum membuat laporan di Balai Polis Johor Jaya berhubung
kejadian itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.