Beijing – China berusaha memerangi jenis
baru selesema burung yang mengorbankan tiga orang, ketika Jepun dan
Hong Kong meningkatkan langkah berjaga-jaga ke atas virus itu manakala
Vietnam melarang import ternakan.
Jenis baru selesema burung H7N9 tidak
dipindahkan daripada manusia kepada orang lain namun pihak berkuasa di
Hong Kong meningkatkan amaran awal dan berkata, mereka sedang mengambil
langkah berjaga-jaga di lapangan terbang.
Tingkat amaran
Di Jepun, pihak berkuasa lapangan
terbang meletakkan poster di pintu masuk memberi amaran kepada semua
penumpang penerbangan dari China supaya mendapatkan pemeriksaan
perubatan jika mengesyaki dijangkiti selesema burung.
Seramai 10 orang disahkan dijangkiti H7N9, semuanya di timur negara itu dan tiga yang dijangkiti meninggal dunia.
China akan mengukuhkan usaha dalam
memerangi virus itu dan bekerjasama serta mengerahkan keseluruhan sistem
kesihatan negara memerangi virus terbabit,” kata Kementerian Kesihatan
dalam satu kenyataan lewat kelmarin dalam laman webnya,
(www.moh.gov.cn).
Di Hong Kong, pihak berkuasa
mengaktifkan ‘Tahap Maklum Balas Amaran’ mengikut satu pelan persediaan
untuk pandemik influenza, yang menggesa pemantauan rapat ladang ayam
tempatan, pemvaksinan, latihan penghapusan dan satu penggantungan import
ternakan hidup dari tanah besar.
Semua penumpang dalam penerbangan masuk
dan keluar Hong Kong diminta memaklumkan anak kapal atau kakitangan
lapangan terbang jika merasa tidak sihat.
Vietnam melarang import ternakan dari
China, merujuk kepada risiko jangkitan H7N9, sambil meminta doktor
melaporkan sebarang kes disyaki dan menasihatkan rakyat memberi
perhatian terhadap kebersihan dan mengelak bersentuhan dengan haiwan,
burung atau ternakan.
Sebar maklumat
Di Beijing, Kementerian Kesihatan
berkata, kerajaan akan pantas menyebarkan perincian jenis baru virus ke
dunia luar dan rakyatnya, selepas aduan ia terlalu lambat melaporkan
wabak dan disyaki melindungi kes itu seperti Sindrom Pernafasan Yang
Teruk (SARS) satu ketika dulu.
Pengguna internet China dan sesetengah
akhbar mempersoalkan mengapa ia mengambil masa terlalu lama sebelum
kerajaan mengumumkan kes baru.
Kerajaan berkata, ia memerlukan masa untuk mengenal pasti dengan betul virus berkenaan.
Pada 2003, pihak berkuasa pada mulanya
cuba menutup epidemik SARS yang muncul di China dan mengorbankan satu
persepuluh daripada 8,000 orang yang dijangkiti di seluruh dunia
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.