JAKARTA – Tentera Indonesia semalam
membuat pengakuan bahawa terdapat beberapa anggota pasukan khasnya
menyerbu Penjara Cebongan, Yogyakarta di sini dan menembak mati empat
banduan yang sedang menanti perbicaraan kerana membunuh pegawai atasan
mereka.
Seorang pegawai kanan tentera yang
mengetuai siasatan kejadian itu, Brigedier Jeneral Unggul Yudhoyono
mendedahkan sembilan anggota daripada Pasukan Pemerintah Khas melakukan
serbuan tersebut pada 23 Mac lalu.
Menurutnya, mereka melakukan serbuan itu pada waktu malam.
Empat banduan yang mati ditembak itu
menunggu perbicaraan berhubung kes mereka memukul dan menikam pegawai
mereka, Hero Santoso di sebuah kelan malam di Yogyakarta.
Beberapa hari sebelum kejadian itu, Hero bertindak meleraikan satu pergaduhan.
Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia
memuji pengakuan tersebut kerana pihak tentera sebelum ini jarang
mengaku melakukan pembunuhan.
Bagaimanapun, Unggul menegaskan serangan
di daerah Sleman itu dilakukan secara spontan dan bagi mempertahankan
maruah pasukan selepas mendengar berita tentang pembunuhan Hero.
Dia juga menyatakan kesemua askar itu dengan berani mengaku melakukan perbuatan mereka pada hari pertama siasatan.
Unggul turut memberitahu nama-nama kesemua mereka ketika mengumumkan keputusan awal siasatan.
Katanya, siasatan penuh akan dimulakan dan semua anggota tersebut akan dihadapkan ke sebuah mahkamah tentera.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.