5 April 2013

Bakal Dapat Anak Perempuan Mei Ini

Posted by Unknown On Jumaat, April 05, 2013 | No comments
PETALING JAYA – Penyanyi Siti Sarah Raisuddin dijangka akan melahirkan anak perempuan iaitu anak keduanya bersama Shuib (Sepah) pada pertengahan Mei depan.
Sarah, 29, berkata, dia yang akan bersalin di Hospital Pakar Ampang Puteri teruja dengan kelahiran anak keduanya itu dan percaya setiap kelahiran anak mempunyai pengalaman yang berbeza buat seorang ibu.
“Allah itu Maha Agung, Dia memberikan pengalaman yang berbeza-beza buat ibu mengandung merasai keterujaan setiap anak yang dilahirkan.
“Jika ketika saya mengandungkan anak lelaki sulung, Uwais Alqarni, saya sering mengalami masalah muntah-muntah. Berbeza pula dengan kandungan anak kedua, saya rasa pening-pening pula.
“Alhamdulillah, saya dan suami akan dapat anak perempuan. Isyak-Allah, sepasanglah anak kami nanti,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.
Tambah Sarah, sehingga kini dia dan Shuib masih belum memikirkan nama sesuai buat anak perempuan yang bakal lahir itu.
Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhahamad bernikah pada 27 Februari 2011 dan mempunyai seorang anak lelaki, Uwais, yang kini berusia setahun.
Sementara itu, beritahu Sarah, selepas selesai berpantang nanti, dia bakal kembali ligat dengan kerjaya nyanyiannya merakamkan lagu-lagu terbaharu di bawah Aidit Alfian Records.
“Habis sahaja berpantang, saya akan sibuk dengan rakaman lagu untuk album baru.
“Kebanyakan lagu-lagu yang dinyanyikan dicipta sendiri oleh Aidit. Semoga kemunculan semula saya ini dapat mengubat rindu para peminat, insya-Allah,” ujarnya

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut