5 April 2013

Bijak!! Anwar Umum Laksamana (B) Imran Tanding Parlimen Lumut

Posted by bong dom On Jumaat, April 05, 2013 | No comments
Tindakan bijak.. dengan mungumumkan Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid sebagai calon PKR di Parlimen Lumut memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menarik sebanyak mungkin undi anggota tentera laut di pengkalan TLDM di Lumut. Syabas buat PKR dan Pakatan rakyat yang membarisi calon-calon yang berwibawa yang membawa legasi Pakatan Rakyat untuk menuju Putrajaya. Anwar Umum Laksamana (B) Imran Tanding Parlimen Lumut GERIK 5 APRIL: Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut. Pengumuman dibuat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Jelajah Merdeka Rakyat di sini, malam tadi depan hampir 10,000 orang. “Kita ambil orang yang paling arif tentang tentera laut, kelengkapan pelabuhan, seorang tokoh ketenteraan, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid,” katanya. Beliau berkata, Imran memulakan karier ketenteraan sebagai Pegawai Kejuruteraan TLDM dan Universiti Teknologi Mara (UTM), selain menyandang pelbagai jawatan lain. “Banyak kegiatan di masjid, (pergaulan) masyarakat semua bagus. Saudara tentu kenal isteri beliau, seorang bekas pengetua Sekolah Menengah Batu 10,” katanya. Selesai pengumuman itu, Imran naik ke pentas dan memberi tabik hormat kepada orang ramai. Bagi Parlimen Padang Rengas, Anwar berkata, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perak, Dr Meor Ahmad Isharra Ishak, seorang doktor gigi berasal dari Sauk untuk bertanding. “Kita letak seorang yang wibawa, tokoh muda, punya kelayakan, lama dalam perjuangan reformasi dan banyak kebajikan kepada rakyat,” katanya. Terdahulu, beliau mengulangi nama tiga calon Parlimen di Perak iaitu Dr Muhamad Nur Manuty di Bagan Serai, Dr Lee Boon Chye (Gopeng) dan Mustafa Kamil Ayub (Pasir Salak).

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Google+ Followers

Pengikut