KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti Rozita
Che Wan dan Zain Saidin membuat keputusan untuk mengumumkan tarikh
perkahwinan mereka selepas sambutan Aidilfitri iaitu pada bulan Ogos
depan.
Rozita, 40, berkata, dia dan Zain, 29,
akan mengadakan sidang media khas untuk memudahkan mereka serta pihak
media berkongsi hal-hal persiapan perkahwinan mereka nanti.
“Selepas Hari Raya nanti kami akan membuat pengumuman perkahwinan kami.
“Cara itu lebih senang agar pihak media
dapat berkumpul serentak. Kalau boleh saya tidak mahu mana-mana pihak
yang berkecil hati nanti jika tidak diadakan majlis seperti itu,”
katanya.
Tambah pengacara Primadona (Astro Prima)
ini, dia tidak mengidamkan sebarang perkahwinan yang besar-besaran,
sebaliknya berharap dia dan Zain dapat menjalani kehidupan sebagai suami
isteri dengan penuh tanggungjawab.
Namun kata Rozita, kekasihnya itu pula mengimpikan sebuah perkahwinan berkonsepkan dalam taman.
“Kami akan membuat majlis perkahwinan di Kuala Lumpur sahaja. Bagi saya cukup sahaja majlis perkahwinan yang sederhana.
“Paling penting ialah bagaimana kita mengendalikan kehidupan alam perkahwinan itu nanti,” ujarnya.
Sementara itu, ditanya adakah Rozita
masih mahu kekal dengan imej seksi selepas menjadi isteri orang nanti,
dia belum pasti tentang hal itu.
“Entahlah, kita tengok sahajalah nanti macam mana,” seloroh ibu tunggal kepada dua orang anak ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.