KUALA LUMPUR – Pelakon Enot sedia
meneruskan hidupnya tanpa suami, Zainul Abidin Mat Noor, 42, selepas
merasakan kedua-dua mereka tidak lagi mempunyai keserasian dan
persefahaman di dalam rumah tangga.
Enot atau nama sebenarnya Alliza
Abdullah, 33, mengakui dia membuat keputusan memfailkan perceraian
terhadap suaminya di Pejabat Agama Kajang awal Mac lalu selepas
bertahun-tahun cuba menyelamatkan perkahwinan mereka.
“Ini sahaja jalan yang ada bagi menyelesaikan masalah kami suami isteri.
“Saya harap, dapat meneruskan kehidupan macam biasa selepas ini dan ingin bina hidup baru bersama anak-anak.
“Hidup mesti diteruskan. Cuma saya tidak boleh menceritakan punca hubungan kami retak,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Enot, proses tuntutan cerai masih
lagi berjalan memandangkan Zainum telah menghilangkan diri sejak
sebulan lalu dan sudah dua kali suaminya itu gagal hadir ke mahkamah.
Enot yang sebelum ini dikenali menerusi
drama Mat Despatch dan Zainul telah bernikah pada 21 November 2008 di
pejabat Agama Kajang dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Ia merupakan perkahwinan kedua Enot
selepas bercerai pada tahun 2006 dan mempunyai dua orang anak iaitu
Andriana Balqis, 12 dan Ariana Qaseh Qistina, 6, daripada perkahwinan
terdahulu.
Sementara itu, Enot berkata, selepas
selesai kes penceraiannya itu, dia ingin memberi fokus sepenuhnya
terhadap karier lakonannya bagi menampung kehidupannya dan anak-anak.
“Saya ingin membuat kemunculan semula tahun ini memandangkan tahun lepas tidak banyak kerja lakonan yang saya ambil.
“Bagaimanapun saya harap tidak ada lagi
yang bertanyakan saya tentang isu (penceraian) ini. Berilah saya sedikit
masa dan ruang untuk diri sendiri,” ujarnya. – mStar Online
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.