21 April 2013

Dato’ Kamalia Perlu Muhasabah Diri.

Posted by Unknown On Ahad, April 21, 2013 | No comments
kamilia ibrahim
Oleh: Keris Melayu
Ada penyokong, kumpulan dan individu yang menyokong tindakan Dato Kamalia bertanding sebagai calon bebas kononnya atas dasar mahu mengantar isyarat pada parti. Dakwaan kononya wujud tangan2 halus mensabotaj pencalonanya di Parlimen Kuala Kangsar. Sebenarnya tindakan Dato Kamalia ini mengkhianati parti kononnya pucuk pimpinan tidak mengiktiraf kedudukan beliau sebagai orang nombor dua dalam sayap kepimpinan wanita dan banyak berjasa pada parti.

Menolak tawaran untuk dicalonkan di DUN dan menolak jawatan EXCO sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan di PERAK adalah sesuatu yang tidak wajar oleh pemimpin ini dan mencerminkan sikap sebenarnya beliau yang KONONNYA mengutamakan PERJUANGAN daripada JAWATAN. Beliau juga cuba membawa mood kekecewaan ini dengan mengaitkan beberapa pemimpin wanita lain yang tidak di calonkan termasuklah menggunakan nama Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen walaupun hakikatnya Ng Yen Yen sendiri yang mahu memberikan peluang pada muka baru demi transfomasi yang dibawa oleh PM.

Mungkin Dato Kamalia tidak terlupa bahawa Mendiang Mantan Presiden Gerakan pernah hanya bertanding DUN walaupun beliau Presiden parti komponen. Adakah pemimpin ini tidak BERJASA? Sepatutnya Dato Kamalia dan pemimpin yang ‘TIDAK DICALONKAN’ berlapang dada dan menerima ini ketentuan yang telah Allah aturkan. Ini bukan soal siap layak atau siapa tidak layak. Kalau Dato Kamalia merasakan beliau layak dicalonkan maka ada 10 orang lain yang turut merasakan mereka layak dicalonkan malah ada dikalangan mereka ini merupakan penyadang jawatan.
Senario langskap politik hari in telah berubah sejak 2008 dan issue ini tidak seharusnya timbul. Calon bukan lagi datang secara mutlak pada orang no. 1 di bahagian. Dato Kamalia dan pemimpin seangkatannya seharusnya muhasabah diri dan merenung kembali apakahnya mengkhianati parti adalah keputusannya tepat. Beliau mungkin terlupa bahawa melalui UMNO, Dato Kamalia telah berada dimana kedudukannya pada hari ini. Sebagai pemimpin kanan parti Dato Kamalia seharusnya menunjukkan contoh yang baik dari segi kepimpinan. Adakah untuk berkhidmat pada pada rakyat memerlukan jawatan YANG BERHORMAT. Sepatutnya beliau menggunakan kedudukanya sekarang menguatkan lagi parti dan bukannya mengkhianati parti disaat parti memerlukan pengorbanannya.

Sebagai ahli UMNO dan juga rakyat biasa, Kami memandang tinggi kepada pemimpin parti bukan kerana status YANG BERHORMAT tapi kami memandang tinggi dan hormat kepada pemimpin YANG BERKHIDMAT dengan ikhlas yang sanggup mendahulukan PARTI lebih dari kepentingan peribadi.
Kepada penyokong, kumpulan serta individu yang masih menyokong pemimpin seperti ini muhasabahlah diri dan kembali berfikir adalah tindakkan ini betul kerana pemimpin datang dan pergi tetapi parti tetap berada di situ meneruskan perjuangannya untuk AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut