21 April 2013

Fakta Yang Mengejutkan Mengenai Yahudi Di Iran

Posted by Unknown On Ahad, April 21, 2013 | 4 comments

Fakta Yang Mengejutkan Mengenai Yahudi Di Iran
Di luar Israel, Iran adalah tanah air terbesar bangsa Yahudi di Timur Tengah

Lihatlah ke Iran. Bagaimana Yahudi di negara yang presidennya selalu gembar-gembor akan menghancurkan, mencaci maki bangsa Yahudi.

Di Iran, Yahudi tersebar di tiga bandar besar; Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data rasmi Iran, ada sekitar 30.000 orang Yahudi di Iran. Sebuah jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang katanya anti-Zionis!

Isfahan, yang terletak di tengah-tengah Iran, dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah-seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka.

Padahal, orang-orang Sunni di Iran diburu seperti tikus, dan ulama-ulamanya digantung. Bahkan orang-orang Sunni tidak punya masjid untuk solat Jumaat. Bandingkan dengan sinagog yang bertebaran di bumi Iran.

Majlis perkahwinan bangsa Yahudi di Iran
Majlis perkahwinan bangsa Yahudi di Iran
Orang-orang Yahudi mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Iran. Mereka menganggap bahawa orang-orang Sunni sebagai musuh utama mereka. Bahkan, di parlimen Iran, orang-orang Yahudi mempunyai timbalan alias wakilnya. Kita harus tahu bahawa orang-orang Yahudi di Iran menolak pindah ke tanah jajahan Palestin. Mengapa?

Kerana, bagi sebahagian Yahudi, Iran adalah tempat suci kerana banyak nabi mereka dikebumikan di sini.

Yahudi Iran menyambut Persian Night di Jerusalem
Yahudi Iran menyambut Persian Night di Jerusalem

Misalnya saja Nabi Daneil. Nabi ini adalah salah satu nabi yang sudah meramalkan kejadian-kejadian sebelum kiamat. Dan ia dikenal luas di antara Yahudi dan umat Kristian. Selain Nabi Daniel, ada juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar, dan Nabi Hajayy.

Di Iran juga ada makam Bunyamin, saudara Nabi Yusuf. Jadi tidak hairan jika Yahudi mengagungkan Iran sebagai tanah suci. Dan mereka menganggap Isfahan sebagai kota yang lebih khusus lagi. Bandar ini merupakan tempat pertama di mana mereka berkumpul pertama kalinya setelah pemusnahan Yerusalem oleh Novukhodonsur.

Sejarah sudah menyimpan hal ini, dan kemudian setelah 70 tahun penangkapan oleh raja Babylon Nebukadnezzar, mereka berkumpul di Isfahan.


Yang lebih mengejutkan ada sebuah hadis Nabi yang tertera di dalam Sahih Muslim, hadis ke 7034: "Anas Bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw berkata: 'Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Parsi." Ala kuli haal, Yahudi-Yahudi di Isfahan , Iran selalu mengenakan selendang. Wallahu alam bi shawwab.

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut