GEORGE TOWN – Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubar secara rasmi
hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri (DUN)
ke-13 berlangsung serentak dengan pilihan raya peringkat Parlimen.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata
beliau berjumpa dengan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pagi
ini bagi mendapat perkenan pembubaran DUN negeri itu.
Berucap pada majlis perjumpaan dengan
Anggota Exco dan pegawai-pwgawai kanan kerajaan negeri di sini, Lim
berkata Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussin telah menyerahkan notis
pengisytiharan pembubaran berkenaan kepada SPR negeri pada pukul 11
pagi.
Pulau Pinang mempunyai 40 kawasan DUN dengan 19 kerusi terletak di pulau, dan selebihnya di tanah besar.
Pada pilihan raya umum lepas, pakatan
pembangkang membentuk kerajaan negeri apabila DAP memenangi 19 kerusi
DUN, PKR memenangi sembilan kerusi dan PAS memenangi satu kerusi DUN
iaitu di Permatang Pasir.
BN pula hanya memenangi 11 kerusi DUN dan kesemuanya diwakili Umno.
Bagi 13 kerusi Parlimen, pada pilihan raya umum 2008 DAP miliki tujuh, PKR empat dan Umno dua.
Bagaimanapun, dua daripada anggota
parlimen PKR iaitu Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee
Beng (Nibong Tebal) kemudiannya meninggalkan parti berkenaan dan
mengisytiharkan sebagai wakil rakyat bebas. – BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.