6 April 2013

Jojo Struys Jadi Tempat Orang Luahkan Perasaan

Posted by Unknown On Sabtu, April 06, 2013 | No comments

..
 
Pengacara Jojo Struys berasa selesa apabila dia dijadikan tempat luahan perasaan oleh individu yang tidak dikenalinya. Situasi sebegitu bukanlah baru berlaku pada dirinya, sebaliknya Jojo memberitahu sejak di usia 16 tahun lagi dia melalui pengalaman tersebut membuatkan dia teruja untuk membantu mengurangkan tekanan mereka yang memerlukan.
 
"Mula-mula saya agak pelik, namun ia membuatkan saya berfikir, mungkin saya boleh membantu mengurangkan sedikit tekanan yang dialami mereka," katanya.
 
Tambah Jojo, ia juga salah satu cara untuk dia membuat kebajikan kepada orang ramai secara tidak langsung.
 
Dalam pada ujarnya, sebagai penulis undangan dengan akhbar The Star, ramai juga individu yang datang kepadanya untuk berkongsi masalah penyakit insomnia dan meminta dia membantu mengurangkan tekanan tersebut.
 
Dan kerana itu, Jojo buat kali kedua muncul dengan sebuah album berbentuk meditasi berjudul, Letting Go With Jojo Struys Vol 2.
 
Menerusi album tersebut, Jojo mengajak pendengar memejamkan mata dan melepaskan semua bebanan masalah dengan selingan muzik meditasi.
 
Beritahu Jojo, apabila pendengar mengikut panduan yang diberi seperti cara pernafasan yang betul, ia sekali gus dapat melancarkan aliran darah seseorang.
 
Album tersebut boleh didapati di 124 cawangan Starbucks seluruh negara.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut

Friends