Memiliki wajah persis aktres Bollywood dan fasih berbahasa Tamil,
memberi kelebihan pada pelakon dan pengacara Raja Ilya, 27, menempah
nama di India. Walaupun di arena lakonan tanah air namanya tidaklah
begitu menjadi sebutan, tetapi mungkin tidak ramai yang tahu bahwa gadis
kacukan Melayu-Malayalam ini sebenarnya pernah beberapa kali menjayakan
filem dan drama Tamil tempatan juga antarabangsa atau lebih dikenali
dengan istilah Kollywood.
"Saya akui, kalau dalam industri lakonan tempatan memang saya kurang
dikenali tetapi kalau di arena filem Tamil antarabangsa saya boleh kata
yang nama saya dah kukuh. Kalau dalam industri Tamil, saya macam Erra
Fazira lah tapi kalau dalam dunia lakonan Melayu kurang, sebab di sini
dah banyak Erra Fazira", katanya yang sudah enam tahun bergelar pelakon.
Raja Ilya ditemui ketika majlis pelancaran drama bersiri terbaru, Dahlia bertempat di restoran Serai, KL Live, petang semalam.
Sebelum ini, pemilik nama sebenar Raja Ramilah Raja Mohd ini pernah membintangi drama Tamil seperti Tup Periyum Pulli, Agguran serta sebagai teraju utama dalam filem Appalam iaitu filem Papadom arahan Afdlin Shauki versi Tamil. Selain, dia juga pernah muncul dalam drama seperti Mana Hilangnya Juwita, Kekasihku Seru, Biru Cinta Laguna.
Khabar terbaru, pada pertengahan bulan Mei nanti, Raja Ilya akan
terbang ke Madras, India bagi menjalani penggambaran sebuah filem komedi
Tamil yang dijangka bakal mencipta fenomena, berjudul Biriyani. Diarahkan oleh sutradara Venkat Prabhu, Raja Ilya bakal berlakon di samping bintang utama, Karthi dan Hansika Motwani.
"Pertengahan bulan Mei nanti saya akan ke Madras untuk menjalani penggambaran filem Biriyani.
Saya berlakon sebagai watak pelakon pembantu. Saya akan berada di sana
selama dua minggu", ujar anak kelahiran Ipoh, Perak ini.
Perempuan Simpanan Hans Isaac?
Sementara menyentuh mengenai kerjaya dalam negara, anak bongsu daripada empat beradik ini bakal muncul menerusi drama Dahlia.
Memengang watak sebagai Haliza, kawan baik kepada Dahlia (lakonan Dira
Abu Zahar). Namun siapa sangka Haliza sebenarnya adalah perempuan
simpanan Razman (lakonan Hans Isaac) iaitu suami kepada Dahlia.
"Saya bawakan watak antagonis. Haliza ni seorang wanita koporat, kawan
baik kepada Dahlia tapi dalam masa yang sama dia tikam belakang kawan
dia sendiri dengan mengadakan hubungan sulit dengan suami Dahlia. Dan
dia ada misi iaitu nak pastikan dia dapat hak dia.
"Menariknya, karakter saya kali ini sofiskated dan lebih matang dan tak perlu make-up
yang terlalu menonjol untuk nampak yang dia seorang yang jahat. Dalam
drama ni saya nampak macam baik tapi sebenarnya tidak, kira nampak
plastik lah", ujarnya sambil tertawa.
Di bawah arahan Pali Yahya, drama 40 episod terbitan Global Station ini
bakal menemui penonton mulai 22 April di saluran Mustika HD (saluran
134).
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.