4 April 2013



Berdasarkan gambar Billboard 1Malaysia Najib yang tumbang di atas.. seorang pemilik Blog yang menyokong UMNO telah cuba menimbulkan fitnah dengan mengatakan ianya adalah angkara penyokong Pakatan Rakyat Pulau Pinang..

Apa yang ditulisnya ialah..

Kalau tak ganas, bukan pencacai Pakatan lah namanya beb.. Buktinya, korang tengok sendiri macam mana billboard Najib disabotaj oleh puak-puak pemuja Anwar tu semalam di Jawi, Nibong Tebal..

Gua awal-awal lagi dah kata.., geng Anwar akan pastikan kempen pilihanraya kali ni adalah yang paling kotor dalam sejarah Malaysia.. Dorang sengaja nak tunjuk negara ni tak aman dibawah Najib..

Cuba korang ingat pasal BERSIH hari tu.. Yang buat kacau adalah puak-puak Anwar tu semua sampai kereta Polis pun dorang hancurkan beb.. ~ MPP Online

Negara tak aman di bawah Najib??.. Aloo sedara Najib bukan Perdana Menteri Malaysia lagi lah sekarang ni sejak semalam..

Mengenai Billboard Najib yang dikatakan tumbang angkara penyokong Pakatan Rakyat itu, sebenarnya ianya telah tumbang kerana dipukul angin menurut seorang sahabat yang berada di kawasan kejadian itu..

Dan tidak ada kena mengena langsung dengan penyokong Pakatan Rakyat..

Jika gambar diatas cuba digunakan untuk menunjukkan bahawa penyokong Pakatan Rakyat adalah ganas.. gambar di bawah pula boleh digunakan untuk membuktikan bahawa penyokong UMNO/BN Pulau Pinang adalah lebih ganas lagi..

Tengok nih!!


Ganas tak tindakan mereka?.. Sudahlah ditebang, dicincang pula sampai koyak rabak Billboard Pakatan Rakyat itu..

Itu aku akan tulis kalau aku nak burukkan UMNO/BN Pulau Pinang melalui fitnah...

Tapi aku tak buat cerita macam tu.. aku tulis dalam Twitter aku..di SINI .. Billboard ini tumbang kerana dipukul ribut...

Lagipun kalau aku sebar fitnah maka samalah aku dengan Blog-blog penyokong UMNO..
 

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut