4 April 2013

Lisa: Masih Belum Ada Rezeki

Posted by Unknown On Khamis, April 04, 2013 | No comments
Setelah lebih setahun mendirikan rumahtangga dengan jejaka yang bertakhta di hatinya, Lisa Surihani nyata tidak boleh lari apabila sering kali diajukan persoalan mengenai cahaya mata.
Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Lisa menyatakan, “saya sedar ia (kehamilan) klise dan sudah berulang kali ditanya kepada saya tetapi saya faham ramai yang ingin tahu.  Cuma, sehingga kini masih belum ada rezeki untuk kami.
“Saya belum mengandung lagi.  Kami suami isteri terus berharap dan doakanlah yang terbaik,” katanya.
Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari tahun lalu dan majlis resepsi kedua belah pihak diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Dalam perkembangan lain, Lisa dan Shaheizy Sam telah dilantik sebagai duta aplikasi WeChat kerana pengaruh mereka berdua yang agak besar dalam media sosial tempatan.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut

Friends