4 April 2013

MUAR – Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 perlu menjalani pemeriksaan kesihatan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, ia bagi memastikan kesemua mereka sihat.
Beliau berkata, proses pemilihan BN bagi semua calon begitu teliti pada ketika ini yang juga untuk memastikan mereka tidak muflis dan akan diperiksa oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kita hampir muktamadkan semakan senarai nama-nama yang akan dicalonkan untuk bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.
“Proses ini turut melibatkan kesihatan mereka kerana kita tidak mahu pilihan raya kecil (PRK) selepas pilihan raya umum,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jentera pilihan raya BN Pagoh di Pagoh, dekat sini, Khamis.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan senarai calon seminggu sebelum hari penamaan calon.
Beliau berkata, ia bagi memberi lebih masa kepada ketua-ketua bahagian BN dan Umno untuk mengenali calon-calon mereka sebelum hari pengundian

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Google+ Followers

Pengikut