Pembubaran ini sekaligus memberikan laluan untuk sesi kempen pilihanraya yang dijangkakan akan berlangsung selepas 2 minggu parlimen dibubarkan bergantung kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM).
Ini bermakna, segala janji dan kempen serta manifesto pembangkang mahupun kerajaan akan diadakan, dibentang dan mungkin dilaksanakan apabila selesai Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.
Dalam pada itu, beberapa orang selebriti tanah air turut meluahkan rasa gembira mereka dan tidak kurang juga ada yang memuji kerajaan selepas tempoh pemerintahan berakhir.
Sementara Hairie Othman seperti mana yang ramai sedia tahu, beliau kini semakin aktif berpolitik, menyatakan tidak sabar untuk berkempen:
Abby Abadi pula dengan ringkas mengucapkan syukur dengan berita pembubaran ini,
Tak ketinggalan, sebuah akaun Twitter parodi Hasbullah Awang telah menarik perhatian umum apabila penulis tersebut berkata, “Parlimen dibubar harini, jadi hari inilah baru rakyat diambil berat oleh segelintir pemimpin. # PRU13?
Serta mesej Wardina Safiyyah di Twitternya,
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.