KUANTAN – Rahsia seorang tukang masak
dan pembuat minuman bukan Islam yang ‘berselindung’ di sebalik kopiah
akhirnya terbongkar selepas mereka gagal mengucap dua kalimah syahadah
di hadapan Pegawai Pemeriksa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).
Tukang masak yang mengaku Islam itu
bekerja di sebuah restoran di Jalan Besar, Tanah Rata, Cameron Highlands
yang menghidangkan pelbagai makanan antarabangsa, semalam.
Ketua Unit Pengurusan Halal, Jaip,
Noridzuan Abdul Manan berkata, dua tukang masak itu mengaku beragama
Islam walau pun nama yang tertera di dalam dokumen pengenalan diri tidak
langsung menggambarkan mereka Islam.
“Walau pun mereka memakai kopiah tetapi
tetap mengundang rasa curiga pasukan pemeriksa. Telahan tersebut
ternyata berasas apabila kedua pekerja tidak mampu mengucap dua kalimah
syahadah dan gagal membaca surah al-Fatihah,” katanya selepas
membuat pemeriksaan di restoran itu, semalam.
membuat pemeriksaan di restoran itu, semalam.
Katanya, lebih mengecewakan, restoran
berkenaan menggunakan tulisan halal dan kalimah Bismilah pada papan
tanda di luar restoran.
“Mereka mempamerkan tulisan halal
sedangkan ada pengendali makanan bukan beragama Islam. Perkara ini tidak
sepatutnya berlaku kerana boleh mengelirukan,” katanya.
Noridzuan berkata, restoran itu
diperiksa Jawatankuasa Kajian Makanan dan Barang Gunaan Cameron Higlands
berdasarkan aduan awam yang mencurigai status halal restoran itu.
Menurutnya, restoran yang baru memulakan
operasi beberapa bulan lalu itu menarik pelanggan dengan pelbagai jenis
hidangan Melayu, barat dan makanan arab.
Bagaimanapun, katanya, Jaip mengambil
langkah tegas dengan memberi notis amaran kepada pemilik restoran kerana
kesalahan kerana menggunakan pernyataan Halal dan Kalimah Bismilah yang
disiasat berdasarkan Akta Perihal Dagangan 2011.
“Pemilik restoran bakal berdepan dengan
tindakan undang-undang jika sabit kesalahan dan ternyata tidak peka
dengan sensitiviti umat Islam,” katanya.
Lawatan disertai 10 Pegawai dari Jaip,
Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands, Pejabat Kesihatan Daerah
Cameron Highlands dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan Daerah Raub
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.