Posted by Unknown On Jumaat, April 05, 2013
| No comments
Adakah
kita akan menyaksikan lebih banyak golongan artis yang akan dinamakan
sebagai calon di dalam PRU13 kali ini? Abang Nara ada kemungkinan
perkara tersebut berlaku. Sama-sama kita nantikan. Info asal
Setiap kali tiba pilihanraya umum, saat yang dinanti-nanti sudah
tentu ialah ketika penamaan calon diumumkan. Terbaru, PAS telah
mengumumkan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu iaitu Aishah
sebagai calon mereka di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan. Aishah
atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin merupakan calon pertama pro
pembangkang daripada golongan artis yang bakal bertanding di dalam
PRU13. Pengumuman ini dibuat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam
satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman
Melewar. Kata Aishah kepada portal berita Antara Pos:-
Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat.
Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk
bertanding)
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.