2013 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix yang telah berlangsung 2
minggu lalu memang penuh dengan aksi. Paling menarik ialah kesilapan
Lewis Hamilton daripada pasukan F1 MERCEDES AMG PETRONAS memasuki pit
stop pasukan lawan. Memang satu kesilapan yang tidak dijangka oleh
kesemua pihak.

Sabtu 16 Mac yang lalu, Abang Nara telah dijemput bersama beberapa blogger lain untuk merasai sendiri kehangatan perlumbaan F1 kali ini di KLCC bersempena dengan PETRONAS Motorsport Demo Run 2013. Masing-masing sudah teruja apabila memasuki khemah VIP yang disediakan khas untuk peminat-peminat sukan permotoran.
Walaupun
hujan lebat ketika acara PETRONAS Motorsport Demo Run 2013 bermula ,
para penonton yang hadir tidak berganjak kerana inilah peluang sekali
seumur hidup untuk menyaksikan keunikan dan kehebatan persembahan yang
bakal dipertunjukkan. Memang peminat sejati betul mereka ini.
Tepat
jam 2.30 petang, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul dengan
segerombolan motor-motor besar. Tercengang jugak diri ini dibuatnya.
Tambah tercengan apabila melihat kejituan persembahan yang mereka
lakukan. Memang cekap sungguh.
Tak
lama kemudian, satu persembahan yang sangat awesome telah ditunjukkan
oleh kumpulan “The Red Warriors” daripada pasukan tentera Malaysia. Yang
menariknya, bukan tentera lelaki sahaja yang terlibat. Tentera wanita
pun tak kurang hebatnya. Memang terlopong mulut melihat aksi yang
ditunjukkan. Seram pun ada jugak.

Tengah Abang Nara lepak minum air sambil mengkagumi persembahan sebentar tadi, tiba-tiba rakan blogger Abang Nara iaitu KY dipanggil untuk menjadi penunggang motosikal untuk persembahan seterusnya. Jeles gila Abang Nara dibuatnya. Abang Nara terjerit-jerit takut KY jatuh sebab memang laju gila motor yang ditunggangnya itu. Hebat gila!!
Tengok
gambar pun dah tau betapa bestnya kan? Namun ada lagi benda yang lebih
best daripada ini. Beberapa minit selepas itu, kereta MERCEDES AMG
PETRONAS Formula 1 dibawa keluar. Bunyi enjinnya memang padat. Nasib
baik Abang Nara duduk jauh. Kalau tak boleh pekak jugak dibuatnya.
Awesome gila kot.
Dipandu
oleh Jazeman Jaafar yang bakatnya dikenalpasti menerusi Petronas Talent
Development Programme sejak 2008, MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1
memang super duper laju. Walaupun track tak panjang di Jalan Ampang ini,
Abang Nara sampai tak kelip mata sebab takut terlepas tengok. Jazeman
siap tunjuk skill pusing-pusing untuk memuaskan hati para penonton yang
hadir. Awesome!!!
Dan
kalau anda tengok perlumbaan F1, salah satu perkara yang sangat penting
ketika perlumbaan ialah “pitstop”. Orang kata, kalau “pitstop” yang
dilakukan sempurna, peluang untuk menang adalah tinggi. Dan sememangnya
Abang Nara kagum gila dengan kepantasan penukaran tayar dan pemandu yang
telah ditunjukkan di akhir PETRONAS Motorsport Demo Run 2013.
Kalau
tak silap Abang Nara, tak sampai 30 saat pun proses penukaran pemandu
dan kempat-empat biji tayar dilakukan. Memang cekap betul team PETRONAS
ini. Abang Nara kalau nak tukar tayar kereta sebijik pun mahu makan 2,3
jam. Hehehe.
Inilah
muka puas kami berlima kerana dapat melihat secara “live” kehebatan
pasukan PETRONAS. Walaupun berhujan dan berpanas daripada jam 1 tengah
hari sehingga 6 petang, inilah pengalaman yang paling mengujakan buat
Abang Nara tahun ini. Lagi puas hati sebab dapat tengok kereta MERCEDES
AMG PETRONAS Formula 1 dengan 2 biji mata ini sendiri. Selalu tengok kat
tv je.
Diharap
tahun depan, PETRONAS akan terus mengadakan aktiviti sebegini untuk
peminat-peminat dunia sukan permotoran. Kalau anda salah seorang
daripada mereka, jangan lupa layari untuk mengikuti perkembangan terkini dan info terbaru tentang aktiviti-aktiviti permotoran anjuran PETRONAS.

Sabtu 16 Mac yang lalu, Abang Nara telah dijemput bersama beberapa blogger lain untuk merasai sendiri kehangatan perlumbaan F1 kali ini di KLCC bersempena dengan PETRONAS Motorsport Demo Run 2013. Masing-masing sudah teruja apabila memasuki khemah VIP yang disediakan khas untuk peminat-peminat sukan permotoran.




Tengah Abang Nara lepak minum air sambil mengkagumi persembahan sebentar tadi, tiba-tiba rakan blogger Abang Nara iaitu KY dipanggil untuk menjadi penunggang motosikal untuk persembahan seterusnya. Jeles gila Abang Nara dibuatnya. Abang Nara terjerit-jerit takut KY jatuh sebab memang laju gila motor yang ditunggangnya itu. Hebat gila!!






Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam