Lima
anggota polis diturunkan pangkat selepas didapati merakam video dua
orang pelacur dalam keadaan telanjang bulat ketika melakukan soal siasat
dalam suatu operasi membanteras kegiatan pelacuran. Klip video itu
kemudiannya tersebar di internet.
Jangan
saspens! Kelima-lima polis ini bukanlah anggota PDRM tetapi anggota
polisVietnam yang bertugas di daerah Quang Ninh yang letaknya di utara
negara itu. Kelima-lima mereka diturunkan pangkat kerana didapati
menyalahi etika dan disiplin pasukan tersebut.
Menurut
sumber, seorang daripada enam anggota polis itu merakam kedua-dua
pelacur itu bersama-sama dengan pelangan masing-masing untuk dijadikan
sebagai sebahagian daripada bukti kes tersebut.
Klip
itu menunjukkan wanita-wanita itu dalam keadaan tanpa pakaian di bilik
hotel sementara beberapa orang polis berpakaian biasa kelihatan sedang
menulis sesuatu. Kedua-dua wanita itu cuba menutup tubuh bogel mereka
namun dihalang oleh polis-polis tersebut sementara salah seorang
daripada mereka merakam proses tersebut.
Klip
itu walau bagaimanapun tersebar di internet. Kejadian itu membangkitkan
kemarahan masyarakat kerana perbuatan itu jelas membuktikan bahawa
polis-polis itu telah menyalahgunakan kuasa mereka.
Pihak polis Vietnam juga sedang menyiasat bagaimana video itu boleh tersebar di internet.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.