2 April 2013

Raih Populariti Selepas Jadi ‘Cover’ Majalah

Posted by Unknown On Selasa, April 02, 2013 | No comments
PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Raja Ema tidak menyangka namanya begitu cepat popular sejak menjadi penghias wajah muka depan sebuah majalah wanita tempatan yang diterbitkan hujung tahun lalu.
Raja Ema atau nama sebenarnya Raja Ema Raja Ibrahim, 44, berkata, gara-gara peluang itu, dia menerima pelbagai tawaran lakonan dan nyanyian selepas lama menghilangkan diri daripada industri seni tanah air.
“Saya kira ini satu rezeki buat diri ini. Sejak menjadi penghias muka depan Nona, saya dihujani dengan pelbagai panggilan.
“Pada mulanya saya hanya ingin berlakon dan menyanyi sekadar isi masa lapang. Namun sebaliknya pula berlaku, semakin lama tawaran yang diterima semakin banyak. Jadi saya anggap perkara ini sebagai rezeki buat diri saya,” katanya.
Tambah pelakon yang pernah popular menerusi filem Sayang dan Mawar Merah ini, jadual hariannya juga hampir dipenuhi dengan kerja-kerja lakonan sehingga akhir tahun ini.
Malah, Raja Ema juga bakal mengubat rindu para peminatnya apabila dia merancang untuk menghasilkan sebuah album baru.
“Semua ini masih lagi dalam perbincangan. Apabila peluang sudah ada di depan mata, takkan kita nak lepaskannya.
“Lagipun saya sudah terlalu rindu mahu beraksi membuat persembahan di hadapan para peminat.
“Tambahan pula saya mendapat tahu peminat-peminat semua turut menantikan kemunculan saya. Alhamdulillah keluarga dan anak-anak turut memberi galakan dan sokongan kepada saya,” katanya yang popular dengan lagu Jejaka Idaman.
Bagaimanapun kata Raja Ema, dia tetap akan mendahulukan keluarga sebelum membuat keputusan menerima tawaran-tawaran kerja lakonan dan nyanyian.
Sementara itu, Raja Ema bakal muncul di televisyen menerusi drama Epilog Cinta Kirana yang diadaptasi daripada novel Bawa Daku Ke Syurga yang akan ditayangkan menerusi slot Samarinda bermula April ini di TV3

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut