Sharnaaz Ahmad secara terbuka mengakui dakwaan
kononnya dia mengongkong pergerakan teman wanitanya iaitu penyanyi Shila Amzah.
Sharnaaz, 27, berkata, dia berbuat demikian kerana melihat
kepada hubungan itu sebagai sesuatu yang serius selain meletakkan wanita
tersebut sebagai bakal isterinya.
"Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal
isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan.
"Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya
tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri
saya," jelasnya tegas.
Sharnaaz ditemui ketika tayangan perdana filem Juvana di
e-Curve, Damansara di sini pada Rabu.
Dalam filem arahan Faisal Ishak itu, Sharnaaz memegang watak
sebagai Lan Todak di samping pelakon lain seperti Johan As'ari, Zahiril Adzim,
Syazwan Zulkifly dan Syafie Naswip.
Ia bakal ditayangkan bermula 24 Januari depan.
Dalam pada itu, Sharnaaz berazam untuk tidak lagi mahu
bercakap mengenai cinta sebaliknya ingin menumpukan terhadap soal perkahwinan
dengan kekasihnya itu.
Sementara itu, dia mengakui namanya pada tahun 2012 sedikit
tercalar dengan cerita-cerita kurang enak mengenai dirinya dan berazam untuk
memastikan kerjayanya lebih menyerlah pada 2013.
Bercakap mengenai Juvana, Sharnaaz berkata dia bertuah dapat
membintangi filem berkenaan kerana ia memberikan kelainan kepada watak yang
dipegangnya.
Katanya walaupun agak sukar untuk membawa watak jahat yang
diberikan namun atas bimbingan pengarah dia berjaya melakukannya dengan baik.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz akan kembali ke set
penggambaran filem arahan Kabir Bhatia yang masih belum mempunyai tajuk selain
beberapa projek drama.
Ia adalah kerjasama ketiganya bersama pengarah itu.
"Saya sentiasa senang dapat bekerja dengan Kabir kerana
beliau adalah seorang pengarah berbakat dan tahu apa yang dimahukan.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.