Juara program realiti Mentor, Mohd akan
menfailkan saman terhadap penyanyi Zatul selepas tuduhan yang dibuat
wanita itu mendakwa dirinya telah dirogol.
Mohd yang juga merupakan protege kepada
penyanyi Ziana Zain dalam program realiti itu turut menyatakan bahawa
mentornya itu turut menyokong hasratnya itu dan bersedia membantu
dirinya dari segi kewangan.
“Saya akan failkan saman
terhadapnya (Zatul) dalam masa terdekat ini. Sekarang ini masih dalam
proses mengumpulkan bukti-bukti. Pihak polis pun kata yang saya ada
peluang menang.
“Kak Gee (panggilan untuk Ziana
Zain) ada telefon saya. Dua jam kami berbual di talian malah kak Gee
kata, “Mat aku kenal kau Mat. Tiga bulan aku jaga kau, aku tahu lurus
kau macam mana. Industri ini ada yang menjatuhkan kita, ada yang
menaikkan. Aku dah cakap, kalau berkawan itu kenalah hati-hati. Kita
lawan! Tak cukup duit, kau cakap,” jelas Mohd kepada Malaysian Digest.
Mohd turut menyatakan selepas dikaitkan dengan tuduhan itu, kariernya sedikit sebanyak terjejas dengan kontroversi itu.
Demi meneruskan kelangsungan hidupnya,
Mohd kini sudah membuka perniagaan masakan popular dari Melaka, Asam
Pedas di kampung halamannya di Tiram, Johor.
Restoran kendaliannya itu dinamakan sebagai Asam Pedas Mohd Power.
Diharapkan Mohd bersabar dengan dugaan yang menimpanya kerana lambat laun kebenaran pasti terungkai jua akhirnya nanti.
Kita tunggu dan lihat saja keputusan kes ini nanti ya.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.