IMPAK negatif. Itu realiti yang kini dihadapi pengacara dan pelakon
kelahiran Sabah, Daphne Iking, 34, ekoran pembabitan dirinya dalam video
tarian Harlem Shake dengan mengenakan pakaian seksi yang dimuat naik ke
laman sosial YouTube.
Video berdurasi 30 saat yang dirakamkan di ruang tamu rumah Daphne itu
turut disertai suami, dua orang anak dan pembantu rumahnya.
Namun impak dirinya yang berpakaian seksi itu menyebabkan timbul
kata-kata kurang enak menerusi internet yang menyifatkan video tersebut
sebagai kurang sopan.
Malah, ada yang melemparkan kritikan bahawa Daphne cuba mempermain-mainkan agama.
Memberikan reaksi terhadap tohmahan tersebut, pemilik nama Dahlia Daphne
Eleanor ini mengakui dia sebenarnya tidak menyangka video yang
dirakamkan atas dasar mencuba fungsi alat perakam video baharu yang
dibelinya itu mendapat perhatian ramai.
Daphne menegaskan dia tidak berniat untuk melakukan aksi tidak sopan.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.