KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat terus mencetuskan kontroversi dengan mendakwa
sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak
dasar Islam.
Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan
itu turut mendakwa UMNO menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar
kebangsaan yang menolak dasar Islam dalam pemerintahan.
“UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tidak dapat pahala, boleh pahala apa kalau tolak Islam.
“Kalau nak dapat pahala ikhlas ini bukan
senang, hendak pahala ikhlas bagaimana kalau tolak Islam, Allah yang
bawa turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba UMNO tolak ambil
kebangsaan,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Jambu, di
sini malam tadi.
Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.
Pada 17 November tahun lalu, Nik Abdul
Aziz dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 mendakwa
UMNO merupakan sebuah parti murtad kerana menolak dan memperlekehkan
Islam dalam dasar parti itu.
Beliau dalam nada tegas kemudian turut
melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian,
Buddha atau sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.
Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul
Aziz, Nik Razi Nik Mat turut berdoa kepada Allah SWT supaya
menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa mengadakan solat
hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.