28 Ogos 2013

Bapa Meraung Lihat Anak Mati Diracun

Posted by Unknown On Rabu, Ogos 28, 2013 | No comments
Seperti satu dunia maklum, peperangan yang melanda Syria kini melibatkan jenayah perang antarabangsa apabila senjata kimia atau gas beracun dilepaskan untuk membunuh.
Antaranya insiden pada Rabu lepas di Dimasyq, bila mana hampir 2000 orang terbunuh dalam serangan senjata kimia di saat dunia sedang memberikan tumpuan pada Mesir.
Mangsa yang paling terjejas dalam serangan ini adalah golongan wanita dan kanak-kanak yang jauh lebih lemah berbanding lelaki, hinggakan ramai menjadi korban serta merta.
Meskipun media tempatan Syria dan Barat mendakwa serangan dilakukan rakyat yang ingin menggulingkan rejim Basyar manakala rakyat pula mendakwa sebaliknya, peperangan sentiasa sinonim dengan kesedihan dan penderitaan akibat kehilangan orang tersayang.
Video ini memaparkan bagaimana seorang bapa meraung apabila melihat dua anaknya yang masih kecil kaku tidak bernyawa kerana menjadi mangsa dalam serangan gas beracun tersebut.
Sangat meruntun hati namun apakan daya, kita di sini hanya mampu mendoakan semoga peperangan segera berakhir dengan kemenangan tertegak di pihak yang benar. -REM RAMZI

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut