SURAU kontroversi
di Tanjung Sutera Resort di Sedili Besar, Kota Tinggi Johor sudah pun
dirobohkan sekaligus menyelesaikan isu penggunaan surau itu oleh
penganut agama Buddha pada hari raya Aidilfitri kedua lalu.
Gambar yang diperoleh menunjukkan jentolak merobohkan sisa-sisa bangunan surau itu yang masih tinggal.
Terdahulu, Majlis Daerah Kota Tinggi
(MDKT) mengarahkan pihak Tanjung Sutera Resort supaya merobohkan
suraunya yang menjadi tempat meditasi sekumpulan penganut Buddha, dalam
masa 21 hari, bermula 21 Ogos lepas.
Arahan itu disampaikan dalam notis
bertarikh 20 Ogos 2013 yang ditampal di pintu masuk surau tengah hari
ini, yang ditandatangani Pengerusi MDKT, Hasrin Kamal Hashim.
Alasan diberikan, pembinaan surau itu
menyalahi Seksyen 70 Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 kerana dibina
tanpa kebenaran bertulis majlis daerah.
Notis itu juga menyatakan pihak resort
akan dibawa ke mahkamah jika gagal berbuat demikian atau menanggung kos
merobohkannya yang akan dilakukan oleh majlis daerah.
“Tuan adalah dengan ini diberitahu
supaya meruntuhkan bangunan itu dari tempoh 21 hari dari tarikh notis
ini diterima,” notis itu dipetik.
Seorang pekerja resort yang ditemui
menjelaskan beliau menerima notis itu dari pihak MDKT yang hadir ke
surau itu tengah hari tadi.
Surau berkenaan menjadi isu panas
apabila ada pengunjung yang ingin menunaikan solat ternampak beberapa
orang penganut agama Buddha beserta sami mereka menjalankan ritual
keagamaan di dalam surau berkenaan sekaligus satu kesalahan.
OLEH : KUMBANG WIRA
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.