PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi,
Betty Banafe mengamalkan senaman yoga selepas mengetahui berbadan dua
untuk memastikan kandungannya berada dalam keadaan sihat.
Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisan
Abu Bakar Banafe, 34, berkata, dia tidak menjadikan kehamilannya
sebagai alasan untuk tidak bersenam sebaliknya perlu memilih senaman
yang bersesuaian agar tidak mengganggu kandungan.
“Pendapat yang mengatakan senaman tidak
sesuai untuk wanita mengandung adalah salah kerana seperti yoga ia
bersifat lebih santai selain dapat menenangkan diri daripada tekanan.
“Paling penting ia memberi manfaat
kepada ibu mengandung selain pergerakannya juga tidak memudaratkan
kandungan,” katanya kepada mStar Online.
Betty yang kini sedang hamil lima bulan
telah berkahwin dengan Bruce Darghous yang berdarah kacukan England dan
Lebanon pada 8 Disember 2012.
Dalam pada itu, Betty berkata, walaupun
tidak mengalami alahan teruk pada awal kandungan namun berat badannya
telah berkurangan sebanyak empat kilogram.
Bagaimanapun dia tidak terlalu bimbang
dengan situasi tersebut kerana sentiasa menjaga pemakanan dan mengambil
vitamin untuk memastikan bayinya sihat.
“Saya pelik apabila berat badan saya
turun kerana biasanya wanita mengandung akan bertambah berat mereka.
Tetapi saya tidak terlalu memikirkan perkara itu kerana mengamalkan
pemakanan sihat dan seimbang,” jelasnya.
Sementara itu, Betty akan meneruskan
proses rakaman album sulungnya bersama syarikat rakaman Universal Music
yang telah dirancang sejak beberapa bulan lalu.
Dia juga tidak melihat kehamilannya sebagai halangan untuk menyiapkan album itu.
“Saya tidak biasa duduk di rumah tanpa
berbuat apa-apa dan rakaman album itu perlu disiapkan dan ini adalah
saat istimewa buat saya,” jelasnya yang baru melancarkan single pertama
berjudul Tak Sengaja
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.