23 Ogos 2013

Lelaki Miliki Jantung Di Perut Jalani Pembedahan

Posted by Unknown On Jumaat, Ogos 23, 2013 | No comments
China – Seorang lelaki yang berusia 24 tahun yang selama hayatnya terpaksa hidup dengan jantungnya terletak di bahagian perut, akan menjalani pembedahan bagi membetulkan semula keadaan berkenaan.
Keadaan yang dialami oleh Huang Rongming yang berasal dari Henan itu menyebabkan jantungnya kelihatan terbonjol.
Ia juga menyebabkan Huang mengalami masalah untuk bernafas setiap kali dia berjalan.
Penyakit tersebut hanya berlaku kepada lima bayi daripada sejuta kelahiran dan kebanyakan pesakit akan meninggal dunia sebaik dilahirkan.
china2
Huang sebelum ini tidak mampu untuk menanggung pembedahan berjumlah 200,000 yuan bagi membetulkan semula kedudukan jantungnya.
Namun selepas berita mengenainya tersiar dalam media massa, dalam masa enam hari sahaja, dia berjaya mendapat sumbangan daripada orang ramai dan berpeluang menjalani pembedahan itu.
“Ia merupakan mimpi jadi kenyataan. Saya akan menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain,’’ katanya.
Ketika Huang dilahirkan, doktor tidak menyangka dia dapat hidup lama memandangkan jantung tersebut amat berisiko untuk mengalami kecederaan.
Hanya dengan ketukan ringan sahaja di perutnya, boleh menyebabkan Huang meninggal dunia.
Iklan Teks:

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut