27 Ogos 2013

Bieber Guna Twitter Cemburukan Selena?

Posted by Unknown On Selasa, Ogos 27, 2013 | No comments
Anda peminat Justin Bieber? Pastinya anda sering mengikut kisah percintaan ‘on & off’ dia bersama Selena Gomez, 21.
Justin Bieber, 19 sebelum ini hangat bercinta dengan Selena nampaknya mula untuk memikat hati bekas teman wanitanya, Jacque Pyles, 19.
Pada malam berlangsungnya Anugerah Video Muzik (VMA), Justin dilihat tidak hadir disamping Selena sebaliknya keluar makan malam bersama bekas teman wanitanya itu.
Menurut laporan HollywoodLife.com, Bieber telah memuat naik kenyataan menerusi laman sosial Twitter “Great dinner. Life is beautiful.”
JB
Dia yang tidak tercalon dalam anugerah tersebut bagaimanapun dilihat seperti tidak berminat untuk menemani Selena yang memenangi Anugerah Video Pop Terbaik.
Apakah yang cuba disampaikan oleh Justin? Sengaja nak bagi Selena cemburu?
Ini bukan kali pertama Justin cuba untuk ‘menguji’ kesetiaan Selena.
Sebelum ini dia meminta ‘rakan baiknya’, Ariana Grande untuk memuat naik gambar dia mencium pipi Ariana menerusi laman sosial Twitter.
JB1
‘Beliebers’ yang terkejut dengan gambar tersebut terus menyebarkan berita kononnya Ariana sedang bercinta dengan Justin.
Bagaimanapun, Ariana menjelaskan bahawa Justin yang memintanya memuat naik gambar tersebut.
Bunyinya seperti Justin sengaja ingin mendapatkan perhatian Selena menerusi gambar dia bercium bersama Ariana dan tweet makan makan malam bersama Jacque.
Apa lagi propa Si Justin selepas ini? Nantikan…
Oleh: HARITS ASYRAF
Iklan Teks:

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut

Friends