27 Ogos 2013

Polis: Motif Samun, Bukan Balas Dendam

Posted by Unknown On Selasa, Ogos 27, 2013 | No comments
DUNGUN – Kematian pemilik restoran nasi kukus akibat ditembak di Paka, di sini baru-baru ini bukan berunsur dendam sebaliknya bermotifkan samun, kata Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil.
Beliau berkata, polis kini menunggu bukti kukuh untuk memberkas suspek yang telah dikenal pasti melakukan pembunuhan itu.
“Kami minta orang ramai yang tahu dan mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil untuk memberikan maklumat bagi mengukuhkan bukti pendakwaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata polis juga telah menemui beberapa petujuk positif berhubung kejadian itu
Pada 13 Ogos lepas, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui mati dengan beberapa das tembakan di tempat letak kereta di hadapan kedai miliknya selepas pemilik restoran nasi kukus itu dikatakan keluar rumah untuk memasukkan duit hasil perniagaannya di sebuah bank di bandar Dungun.
Hamzah berkata, setakat ini seramai 15 saksi termasuk anggota keluarga mangsa telah dipanggil untuk siasatan lanjut. – Bernama
Iklan Teks:

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut