Cerita Terkini Lina Joy Yang Pernah Mengaku Murtad
| Sapa yang tak kenal dengan nama Lina Joy kan. Nama yang pernah
menggemparkan negara suatu ketika dahulu. Terkini, ibu kepada Lina Joy
memberi sedikit ulasan berkenaan anak beliau dalam program Wacana Agenda
Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia iaitu program anjuran bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM). Ikuti kisah penuh.
Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad,
tidak pernah berhenti berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan agama
Islam. Wanita berkenaan, Kalthum Omar tetap bersabar dengan dugaan yang
menimpa.
keluarganya biarpun dirinya dalam
keadaan tua dimamah usia dan terpaksa berkerusi roda. Menurutnya, sejak
keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan
anak perempuannya yang meninggalkan negara untuk berada di Australia.
“Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam
dan balik kepada keluarga,” katanya dalam program Wacana Agenda
Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di sini hari ini. Program itu
merupakan anjuran bersama
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami
Malaysia (MAIM). Lina Joy pernah menggegarkan negara kerana pengakuan
murtadnya, namun dia gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan
‘Islam’ daripada MyKad setelah penghakiman Mahkamah Persekutuan pada
tahun 2007. – Utusan
Semoga kita dan keluarga kita dijauhkan dari perkara ini. Nauzubillah Min Zalik
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.